Servis Saya Untuk Anda

Hi, anda buntu dan tercari-cari bantuan?

Saya nak tawarkan bantuan kepada anda yang ingin hasilkan buku tapi masih belum yakin dengan keinginan anda tu.

Bagaimana saya bantu anda?

Ok, saya ada 2 servis bantuan :

1- Validation dan Mind mapping

Servis ini sesuai untuk siapa?

Ini untuk anda yang ada keinginan menulis tapi masih belum tahu nak tulis tentang apa dan bagaimana. Biasalah, bila buat secara berseorangan, kita akan mudah serabut dan buntu. Jadi saya akan berperanan sebagai teman yang berkongsi idea dan bertukar pendapat.

Di sini bantuan saya adalah membantu anda mendapatkan idea/skop/tajuk yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda.  Kita akan sama-sama bincang dan kenal pasti apakah kerangka penulisan yang sesuai untuk dikarang bagi menghasilkan buku tersebut.

2- Proof reading

Servis ini sesuai untuk siapa?

Servis ini pula untuk anda yang sudah siapkan manuskrip anda tapi anda masih belum sempat menyemaknya kerana sibuk atau kerana tiada kepakaran dalam proofreading. Takpa, saya ambil part proofreading tu.

Saya akan semak ejaan, tanda baca, perenggan, dan membetulkan kesalahan kecil dari sudut tatabahasa (yang ringan-ringan sahaja).

 

 

Saya sentiasa ada jika anda perlukan bantuan saya 

Jika anda berminat dengan bantuan saya,

  • email saya di kalghari07@gmail.com dengan Subject email : “SERVIS TJD” atau
  • mesej “SERVIS TJD” dan hantarkan ke n0 011-12208980.

Nanti kita bincang detail di situ.

p/s : Dalam sebulan saya hanya mampu bantu 3 orang je. Sebab nak beri tumpuan penuh kepada 3 orang ni.