Posted in Uncategorized

Soalan : Bagaimana hasilkan tulisan yang boleh menarik perhatian orang lain?

Soalan : Bagaimana hasilkan tulisan yang boleh menarik perhatian orang lain?

Jawapan :

Sebelum kita menarik perhatian orang lain, kita perli mengenali orang yang kita mahu perhatiannya tadi terlebih dahulu.

Oleh itu, beberapa perkara perlu diperhalusi :

  1. “Bahasa” apa yang mereka guna. Maksudnya jika mereka bersuara, apakah “tujuan”, “perkataan”, “makna”, “susun ayat” yang mereka guna. Semakin kita peka semakin kita tahu berkomunikasi dengan mereka.
  2. Bagaimana perilaku mereka. Maksudnya, apakah attitude mereka, pendiam, keras, gopoh, slow dll.

Mudah kata, Semakin kita memahami mereka, semakin dekat jarak kita dengan mereka..dengan demikian, semakin banyak pintu untuk kita masuk tarik perhatian dan mendekati mereka. 

Kesannya, apabila kita bercerita, mereka akan merasakan cerita itu untuk mereka, dan mereka akan “menoleh” ke arah kita dan akan mula mendengar.

Semakin banyak point dalam cerita kita “kena” kepada mereka, semakin mereka berminat dengan kita. Kerana mereka merasakan kita ini memahami mereka. 

Advertisements