Posted in Tips menulis, Ulasan Buku

Panduan untuk penulis baru berkaitan buat duit dengan menulis

Dalam artikel ni, saya focus satu perkara sahaja. Tentang berkongsi panduan kepada penulis baru yang ingin ceburi kerjaya sebagai penulis secara serius dan nak buat duit dengan penulisan dengan lebih berkesan.

Hajat kita semua sebagai penulis hampir sama :

  • Hasilkan karya yang dibaca orang
  • Dapat pulangan daripada karya yang dihasilkan

Jadi kita semua sentiasa tercari-cari cara :

  • Hasilkan karya dengan segera
  • Menyebar luaskan karya kita agar dibaca orang
  • Memastikan karya yang kita hasil itu dibeli orang

Ringkasnya :

Kita ingin hasilkan karya yang orang nak baca kerana karya itu pasti dibeli orang. Dan disebabkan itu, kita mesti cepat hasilkannya kerana takut idea tu disambar orang atau kita ketinggalan dalam “arus idea” tersebut.

Atas perasaan yang sama suatu ketika dulu, saya nak bantu penulis baru. Untuk sama-sama maju dan berhasil dalam kerjaya penulisan ni. Caranya saya nak kongsikan panduan yang boleh anda semua jadikan rujukan semasa anda bermula.

Ok, kita mula.

Fokus pada Capai Matlamat Yang Jelas

Daripada pengalaman cetek saya, untuk bermula dalam bidang penulisan ni sangat mencabar. Memang daripada awal, perkara paling penting untuk diberi perhatian bukanlah pada cara menulis tapi pada attitude.

Ini cadangan saya untuk penulis baru.

  1. Letak matlamat yang jelas. Jelas tu maksudnya sejelas-jelasnya. Contohnya, saya nak hasilkan 2 karya dalam masa 6 bulan bermula bulan Januari 2017 dan berakhir Jun 2017.
  2. Seterusnya, sentiasa pastikan matlamat itu dalam ingatan anda. Buatla apa yang patut yang penting anda ingat. Contohnya, letak matlamat tu dalam wallpaper hp ke, pada peti ais ke, dalam kereta ke dll. Yang penting, ingat.
  3. Pastikan focus anda terarah kepada mencapai matlamat yang ditetapkan. Jangan lari focus. Sentiasa patah balik, kalau hilang focus. Sebab tu penting, kene pastikan matlamat tu dalam ingatan anda.
  4. Dalam kerja harian, pastikan anda selangkah kehadapan untuk capai matlamat anda. Maksudnya, dalam sehari pastikan ada aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan matlamat tersebut.
  5. Oleh itu, anda mesti buat jadual tindakan untuk karya penulisan anda. Supaya anda sentiasa dalam landasan matlamat tu.
  6. Jaga environment anda. Elakkan berada dalam suasana yang mengikis semangat. Elakkan kawan yang negative, Elakkan buat banyak kerja yang tak berkaitan. Elakkan banyak tidur dan makan.
  7. Pendek kata ini yang anda mesti buat – Matlamat jelas, Fokus pada capai matlamat, Disiplin dan kekal bersemangat.

Kekal bersemangat

Ini bahagian penting untuk mana-mana penulis. Kekal bersemangat. Penulis baru sangat memerlukan semangat yang tinggi dan berterusan pula.

Saranan saya, untuk kekal bersemangat :

  • Sentiasa positif. Kekal positif. Terus positif. Pastikan setiap hari anda dalam keadaan ini. Walau apapun situasinya.
  • Bagaimana? Dengan bergaul dengan orang-orang yang positif. Yang suka tengok orang lain positif.
  • Selain tu, anda banyakkan baca buku tentang biografi tokoh, buku motivasi, buku pengurusan diri, buku yang meningkatkan softskill. Ada banyak. Nak free boleh ke library awam, nak berbayar boleh beli kat kedai buku. (Kalau taktau nak baca apa, boleh email saya. Atau tulis je di komen. Nanti saya suggest 2-3 buku)
  • Cari mentor yang ambil berat. Part ni susah sikit la. Sebab “mentor” kat luar sana ramai sibuk dan focus pada kerja mereka. Kadang-kadang kena beli waktu mereka untuk mereka focus pada kita. Tapi jangan risau, ada mentor lain yang sangat ambil berat. SIapa lagi kalau bukan mak kita. Bagitau mak apa yang kita buat, dan minta mak ingatkan selalu. Berkesan. Percayalah.
  • Buat to do list setiap hari. Bila siap tanda “selesai”. Dengan cara ni, kita akan semangat. Sebab kita tengok ada kerja yang selesai pada hari tu. Kita Nampak diri kita ada progress. Itu buat kita semangat.

Guideline khusus berkaitan penulisan

Disebabkan kita penulis baru. Kita takda pengalaman. Jadi kita sentiasa perlukan bimbingan dan panduan.

Tapi tak boleh banyak. Sebab nanti info overload. Pengalaman saya sendiri sedut banyak panduan, akhirnya “block” sebab tak tahu apa yang patut difokuskan.

Tapi perkara tu boleh di atasi dengan focus pada satu guideline sahaja, Kalau dah pakar nanti, boleh la gabungkan idea dan cara dari pelbagai sumber.

Untuk guideline ni saya nak suggest beberapa rujukan sebagai guideline. Anda boleh dapatkan semua tapi anda perlu pilih satu sahaja ketika ingin bermula nanti.

Antaranya :

1) Panduan RAHSIA PENULIS daripada Akif Azizan

Fokus Akif dalam panduan ni adalah untuk bantu mereka yang nak buat jana pendapatan dengan penulisan. Banyak manfaat yang boleh diambil tapi yang lebih penting Akif kongsikan guideline untuk penulis baru.

Guideline apa?

  • Cara Kekal fokus – beliau kongsikan cara beliau kekal fokus.
  • Perkara yang mesti dielakkan sebagai seorang penulis – beliau ceritakan kesilapan yang biasa berlaku bagi seoran penulis.
  • Fasa Penulisan seorang penulis – ini membantu untuk pengurusan diri seorang penulis.
  • Personal branding seorang penulis – Kaedah yang beliau kongsikan adalah melalui BLOG. Bagus tajuk ni!.
  • 37 Kaedah dapatkan idea. – Ini terbaik daripada beliau. Akif memang terkenal dengan cepat menulis dan hasilkan karya.
  • Cara promosi dan tingkatkan jualan – Ini kalau dah ada karya, follow je.

Jika anda berminat boleh klik sini –> RAHSIA PENULIS

2) Buat Duit Dengan Menulis daripada Jeniri Amir

menulis-380x573

Buku ini menerangkan strategi menulis untuk diterbitkan dalam pelbagai media. Ditulis untuk sesiapa yang berminat menjadi penulis rencana, wartawan, pemberita, pegawai perhubungan awam dan pegawai komunikasi korporat.

Jeniri Amir ni kalau anda search nama beliau di google, terkenal tau. Salah seorang penulis di malaysia yang banyak menulis.

Puan Ainon Mohd sendiri ada buat review tentang buku ini -> Di sini

 


Ok sekarang anda (wahai penulis-penulis baru yang bakal menggegar dunia) dah ada panduan berkaitan apa yang patut anda buat. So, jangan tangguh lagi. Sila mulakan sekarang ya.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dikongsikan, boleh emel saya atau komen di bawah. Kita share ilmu 😀

Advertisements