Posted in Tips Blog, Tips menulis

Susahnya menulis..

kerja susah - tulis je dulu

 

“Saya bukan apa, menulis ni susah sangat la..” kata salah seorang student saya.

Saya tanya, “Part mana yang susah, kita try bincang..”

Jawab dia, “Erm.. part…” (sehingga berlalu minit-minit…)

Situasi di atas ni, selalu berlaku waktu saya borak-borak dengan kebanyakan student dan kenalan saya.

Waktu kami buka topic tentang menulis buku atau blog, statement paling biasa saya dengar, “kalau dah mula seronok tapi susah pula nak kekalkan..”

Di mana seronoknya aktiviti menulis?

Continue reading “Susahnya menulis..”

Posted in Tips Blog, Tips menulis

Cara saya memilih topic@tema buku yang ingin saya hasilkan

pilih topik - tulis je dulu

Topik@tema bagi satu karya penulisan sangat penting. Apabila ada topic baru kita tahu apa yang ingin kita focus dan bahaskan. Selagi tak ada topic tertentu, kemungkinan besar kita “lost” ketika menulis.

Bagi saya, memilih topic@tema buku memang bukan perkara mudah. Sama juga isunya ketika saya ingin hasilkan blog post dan ebook. Sama sahaja.

Cumanya untuk mendapatkan topic ebook apatah lagi blog post tidaklah lama seperti buku.  Buku ni, kadang-kadang lepas seminggu baru dapat memilih topic yang sesuai.

Untuk memilih topic@tema yang sesuai tak sukar kalau kita tahu tekniknya, hasil pengalaman saya yang cetek, akhirnya saya jumpa cara yang mudah. Ini yang saya lakukan:

  • Saya cuba mendapatkan info sebanyak mungkin tentang target pembaca

Antara yang terpenting, saya dapatkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Daripada situ, saya cuba senaraikan sebanyak mungkin sifat dan ciri-ciri mereka yang penting untuk saya kenali mereka.

Contohnya, saya pilih student university. Di antara perkara yang mereka suka – isu berkaitan perkahwinan, fesyen, IT, suka dan kerjaya .

  • Seterusnya, daripada info dan senarai yang banyak tadi, saya khususkan kepada kumpulan kecil

Dalam banyak perkara tadi, saya khususkan. Student university itu luas dan besar. Jadi saya kecilkan.

Contohnya, dalam sekian ramai student university, ada kumpulan yang agak besar yang berminat dengan isu kahwin.

  • Selepas saya khususkan kumpulan tersebut, dan pilih isu yang mereka minat, saya pilih topic berkaitan isu tersebut

Contohnya, saya tahu ada sekumpulan student university yang berminat dengan isu kahwin. Dan isu cukup luas.

Maka saya ada beberapa pilihan untuk topic sebuah buku. Antaranya : Ciri-ciri calon suami atau isteri yang terbaik. Atau, ciri-ciri rumah tangga bahagia. Atau, persiapan untuk alam perkahwinan. Atau Doa-doa yang mesti diamalkan dalam rumah tangga. Dan lain-lain.

Sebenarnya banyak lagi cari lain daripada cara memilih topic@tema. Cuma bagi saya, antara jalan paling senang memilihnya adalah melalui ciri-ciri pembaca itu sendiri.

Kerana saya menulis untuk mereka di samping ingin menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan.

Anda bagaimana? Ada cara yang anda gunakan untuk memilih topic buku anda? Boleh kongsikan dengan saya di komen.

——————–

Anda berminat nak jana pendapatan melalui penulisan? Dapatkan panduan ni : Rahsia Penulis

Posted in Ebook TJD, Tips Blog, Tips menulis

Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda

Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda - Tulisjedulu.wordpress

Akhirnya siap juga Ebook Report pertama untuk blog TJD. Alhamdulillah…

Dan sekarang saya nak kongsikan dengan anda report ini, tajuknya :  TARIK PERHATIAN PEMBACA BLOG ANDA.

Report apa ni?

Ebook Report ni untuk bantu blogger baru. Ia berkaitan salah satu cara tarik perhatian pembaca untuk baca artikel @ blog post yang kita tulis.

Report ni asalnya daripada nota saya. Saya rujuk beberapa blog besar, dan belajar teknik hasilkan artikel yang baik, yang mampu menarik perhatian pembaca.

Continue reading “Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda”