Posted in Q&A, Tips menulis

Soalan : Bagaimana saya ingin menulis “Review” bagi sesuatu produk/buku? Boleh kongsi tips?

Soalan : Bagaimana saya ingin menulis “Review” bagi sesuatu produk/buku? Boleh kongsi tips?

Jawapan :

Oh, saya suka dengan soalan ni. Daripada dulu, sampai sekarang, antara aktiviti sampingan yang saya lakukan adalah menjual buku. Dan untuk menjual buku, saya wajib membuat sedikit review. Namun saya tak punya pengalaman yang banyak pada awalnya, jadi saya berusaha cari rujukan berkaitan “product review dan book review”.

Ini ada 2 artikel yang baik berkaitan penulisan “review”, boleh ke sini dan sini.

Baik ini yang saya dapat, dan praktis kan sampai sekarang.

PERTAMA : REVIEW YANG BAIK ITU = MENAMBAHKAN INFO

Anda mesti faham konsep penting suatu “review” dibuat. Review tujuannya untuk menambahkan input.

Kita membuat ulasan @ review berkaitan sesuatu produk maksudnya kita ingin menambahkan pengetahuan pembaca kita tentang produk tersebut.

Kita membuat ulasan @ review tentang sesuatu buku, maknanya kita ingin “membedah” info buku itu untuk diberi kepada pembaca yang menambah nilai dan maklumat mereka tentangnya.

So, masa mula buat review, itu mesti ada dalam minda anda. REVIEW = MENAMBAHKAN INFO.

KEDUA : REVIEW = MENZAHIRKAN PENDAPAT

Dari sudut psikologi, manusia memang suka mendengar pendapat manusia lain. Ini perkara yang tidak boleh dinafikan.

Jadi sebab itu setiap hari ada orang bertanya kepada orang lain tentang sesuatu, walaupun mereka telah tahu tentang perkara tersebut.

So, ketika anda membuat review, anda mesti menzahirkan pendapat anda. Bukan sekadar menukilkan pendapat pengeluar produk @ ulasan editor buku. Kerana itu pendapat mereka, bukan pendapat anda.

Jika pembaca sekadar ingin mendapatkan ulasan pengeluar@editor mereka tak perlu search google atau media social mencari maklumat tambahan.

So anda perlu zahirkan pendapat anda sendiri tentang produk@buku yang anda ulas.

KETIGA : ANDA MESTI LEBIH TAHU TENTANG PRODUK ITU BERBANDING ORANG LAIN

Jika anda ingin menjadi seorang pengulas yang baik, anda mesti mendalami produk@buku itu dengan penelitian yang detail berbanding orang lain.

Kerana input tambahan itu menjadikan review anda istimewa berbanding orang lain.

Jangan bergantung dengan review pengeluar @ editor semata-mata.

Dan hati-hati. Jangan bercakap tentang sesuatu yang tiada pada produk tersebut. Jangan “cipta info yang tidak ada” kerana itu samalah keadaannya dengan seorang pembohong.

Untuk yakin tentang info yang ada ulas tentang produk @ buku tersebut, anda mesti buat kajian dan penelitian. Jangan sekadar cuit-cuit sahaja.

KEEMPAT : CERITAKAN PRO & CON DENGAN JELAS dan BERFAKTA

Tujuan utama pembaca mencari review tambahan selain daripada review pengeluar@editor kerana mereka ingin mengetahui info yang tidak diceritakan oleh pengeluar @ editor.

Mereka ingin tahu kelebihan dan kekurangan produk secara bandingan.

So itulah tugas utama anda. Menyusun info berkaitan Pro & Con dengan baik.

Bahkan sebahagian pembaca, tidak membaca review panjang berjela (jika ada) melainkan direct terus kepada bahagian Pro & Con.

Posted in Tips menulis

Soalan : Apa cara mudah untuk dapat idea menulis buku @ eBook?

Soalan : Ada tak cara mudah untuk saya dapatkan idea tulis buku @ eBook?

Jawapan :

Kalau tanya saya, jawapannya → Ada. 

Kalau buntu atau nak dapat idea fresh → Saya selalu luangkan masa pergi ke kedai buku yang jual buku terkini di pasaran. Dengan berbekalkan pen dan buku nota. Kadang² guna apps “note” dalam smartphone.

Kemudian saya pusing semua rak buku yang ada. Pengalaman saya dapat idea melalui :

  • Tengok tajuk buku yang macam². 
  • Baca sinopsis buku kat kulit belakang. Cuma setengah buku ada, setengah buku takda.
  • Baca kata-kata aluan pengarang. Part ni selalu bagi banyak info. Kenapa pengarang buku tu menulis selalu jadi panduan buat saya. Sesetengah pengarang ada bagitahu research yang diorang buat. Info tu “mahal” dan berharga.
  • Baca bahagian intro @ mukaddimah @ pendahuluan.
  • Belek mukasurat bahagian kandungan. Tengok tajuk dan sub topik dalam buku tu.
  • Belek buku sepintas lalu. 

Aktiviti² ni bagi saya mudah beri kita idea dan selalu bagi idea baru pada saya. Sebab kita berinteraksi dengan buku baru di pasaran. 

Boleh cuba.

Posted in Tips menulis, Ulasan Buku

Panduan untuk penulis baru berkaitan buat duit dengan menulis

Dalam artikel ni, saya focus satu perkara sahaja. Tentang berkongsi panduan kepada penulis baru yang ingin ceburi kerjaya sebagai penulis secara serius dan nak buat duit dengan penulisan dengan lebih berkesan.

Hajat kita semua sebagai penulis hampir sama :

  • Hasilkan karya yang dibaca orang
  • Dapat pulangan daripada karya yang dihasilkan

Jadi kita semua sentiasa tercari-cari cara :

  • Hasilkan karya dengan segera
  • Menyebar luaskan karya kita agar dibaca orang
  • Memastikan karya yang kita hasil itu dibeli orang

Ringkasnya :

Kita ingin hasilkan karya yang orang nak baca kerana karya itu pasti dibeli orang. Dan disebabkan itu, kita mesti cepat hasilkannya kerana takut idea tu disambar orang atau kita ketinggalan dalam “arus idea” tersebut.

Atas perasaan yang sama suatu ketika dulu, saya nak bantu penulis baru. Untuk sama-sama maju dan berhasil dalam kerjaya penulisan ni. Caranya saya nak kongsikan panduan yang boleh anda semua jadikan rujukan semasa anda bermula.

Ok, kita mula.

Fokus pada Capai Matlamat Yang Jelas

Daripada pengalaman cetek saya, untuk bermula dalam bidang penulisan ni sangat mencabar. Memang daripada awal, perkara paling penting untuk diberi perhatian bukanlah pada cara menulis tapi pada attitude.

Ini cadangan saya untuk penulis baru.

  1. Letak matlamat yang jelas. Jelas tu maksudnya sejelas-jelasnya. Contohnya, saya nak hasilkan 2 karya dalam masa 6 bulan bermula bulan Januari 2017 dan berakhir Jun 2017.
  2. Seterusnya, sentiasa pastikan matlamat itu dalam ingatan anda. Buatla apa yang patut yang penting anda ingat. Contohnya, letak matlamat tu dalam wallpaper hp ke, pada peti ais ke, dalam kereta ke dll. Yang penting, ingat.
  3. Pastikan focus anda terarah kepada mencapai matlamat yang ditetapkan. Jangan lari focus. Sentiasa patah balik, kalau hilang focus. Sebab tu penting, kene pastikan matlamat tu dalam ingatan anda.
  4. Dalam kerja harian, pastikan anda selangkah kehadapan untuk capai matlamat anda. Maksudnya, dalam sehari pastikan ada aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan matlamat tersebut.
  5. Oleh itu, anda mesti buat jadual tindakan untuk karya penulisan anda. Supaya anda sentiasa dalam landasan matlamat tu.
  6. Jaga environment anda. Elakkan berada dalam suasana yang mengikis semangat. Elakkan kawan yang negative, Elakkan buat banyak kerja yang tak berkaitan. Elakkan banyak tidur dan makan.
  7. Pendek kata ini yang anda mesti buat – Matlamat jelas, Fokus pada capai matlamat, Disiplin dan kekal bersemangat.

Kekal bersemangat

Ini bahagian penting untuk mana-mana penulis. Kekal bersemangat. Penulis baru sangat memerlukan semangat yang tinggi dan berterusan pula.

Saranan saya, untuk kekal bersemangat :

  • Sentiasa positif. Kekal positif. Terus positif. Pastikan setiap hari anda dalam keadaan ini. Walau apapun situasinya.
  • Bagaimana? Dengan bergaul dengan orang-orang yang positif. Yang suka tengok orang lain positif.
  • Selain tu, anda banyakkan baca buku tentang biografi tokoh, buku motivasi, buku pengurusan diri, buku yang meningkatkan softskill. Ada banyak. Nak free boleh ke library awam, nak berbayar boleh beli kat kedai buku. (Kalau taktau nak baca apa, boleh email saya. Atau tulis je di komen. Nanti saya suggest 2-3 buku)
  • Cari mentor yang ambil berat. Part ni susah sikit la. Sebab “mentor” kat luar sana ramai sibuk dan focus pada kerja mereka. Kadang-kadang kena beli waktu mereka untuk mereka focus pada kita. Tapi jangan risau, ada mentor lain yang sangat ambil berat. SIapa lagi kalau bukan mak kita. Bagitau mak apa yang kita buat, dan minta mak ingatkan selalu. Berkesan. Percayalah.
  • Buat to do list setiap hari. Bila siap tanda “selesai”. Dengan cara ni, kita akan semangat. Sebab kita tengok ada kerja yang selesai pada hari tu. Kita Nampak diri kita ada progress. Itu buat kita semangat.

Guideline khusus berkaitan penulisan

Disebabkan kita penulis baru. Kita takda pengalaman. Jadi kita sentiasa perlukan bimbingan dan panduan.

Tapi tak boleh banyak. Sebab nanti info overload. Pengalaman saya sendiri sedut banyak panduan, akhirnya “block” sebab tak tahu apa yang patut difokuskan.

Tapi perkara tu boleh di atasi dengan focus pada satu guideline sahaja, Kalau dah pakar nanti, boleh la gabungkan idea dan cara dari pelbagai sumber.

Untuk guideline ni saya nak suggest beberapa rujukan sebagai guideline. Anda boleh dapatkan semua tapi anda perlu pilih satu sahaja ketika ingin bermula nanti.

Antaranya :

1) Panduan RAHSIA PENULIS daripada Akif Azizan

Fokus Akif dalam panduan ni adalah untuk bantu mereka yang nak buat jana pendapatan dengan penulisan. Banyak manfaat yang boleh diambil tapi yang lebih penting Akif kongsikan guideline untuk penulis baru.

Guideline apa?

  • Cara Kekal fokus – beliau kongsikan cara beliau kekal fokus.
  • Perkara yang mesti dielakkan sebagai seorang penulis – beliau ceritakan kesilapan yang biasa berlaku bagi seoran penulis.
  • Fasa Penulisan seorang penulis – ini membantu untuk pengurusan diri seorang penulis.
  • Personal branding seorang penulis – Kaedah yang beliau kongsikan adalah melalui BLOG. Bagus tajuk ni!.
  • 37 Kaedah dapatkan idea. – Ini terbaik daripada beliau. Akif memang terkenal dengan cepat menulis dan hasilkan karya.
  • Cara promosi dan tingkatkan jualan – Ini kalau dah ada karya, follow je.

Jika anda berminat boleh klik sini –> RAHSIA PENULIS

2) Buat Duit Dengan Menulis daripada Jeniri Amir

menulis-380x573

Buku ini menerangkan strategi menulis untuk diterbitkan dalam pelbagai media. Ditulis untuk sesiapa yang berminat menjadi penulis rencana, wartawan, pemberita, pegawai perhubungan awam dan pegawai komunikasi korporat.

Jeniri Amir ni kalau anda search nama beliau di google, terkenal tau. Salah seorang penulis di malaysia yang banyak menulis.

Puan Ainon Mohd sendiri ada buat review tentang buku ini -> Di sini

 


Ok sekarang anda (wahai penulis-penulis baru yang bakal menggegar dunia) dah ada panduan berkaitan apa yang patut anda buat. So, jangan tangguh lagi. Sila mulakan sekarang ya.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dikongsikan, boleh emel saya atau komen di bawah. Kita share ilmu 😀

Posted in Tips menulis

Kenapa susah nak luahkan dalam tulisan??

Close-up of hand writing on white paper

Kenapa susah sangat aku nak luahkan apa yang aku pikir ni dalam bentuk penulisan??

Macam mana aku nak buat ayat supaya sampai apa yang aku nak sampaikan??

Pernah rasa tak perasaan ni?? Kalau anda biasa dengan aktiviti menulis, pasti pernah..

Kalau nak tahu, setiap penulis pernah ada kenangan ni, bahkan ada yang sedang merasainya sekarang..

Sejak zaman media sosial meledak di internet, semua orang aktif menulis dan meluahkan perasaan dalam bentuk tulisan.

Ada orang mudah menyampaikan maksudnya, dan ada orang yang terpaksa “tulis delete tulis delete” sampailah ayat yang dibuat tu sama macam yang dia nak sampaikan.. betul tak?

(adakah anda orangnyee…??)

Tahu kenapa perkara ni berlaku?

Continue reading “Kenapa susah nak luahkan dalam tulisan??”

Posted in Ebook TJD, Perkembangan TJD, Tips menulis

Template untuk hasilkan : Buku Tutorial

Kulit Buku Tutorial - TulisjeduluAnda berminat tak nak hasilkan buku pertama anda?? Kalau anda seorang yang berjiwa penulis, mesti ada impian tu kan..

Kalau anda belum hasilkan apa-apa buku lagi, meh saya cadangkan pada anda satu jenis genre buku yang ada dalam pasaran. Apa dia?

“Buku Tutorial”

Sebenarnya sebelum ni saya dah pernah tulis kelebihan buku tutorial. Kalau anda belum baca boleh ke sini : 6 sebab Buku tutorial (how to) : buku yang diminati orang sejak dulu

Untuk hasilkan buku tutorial sebenarnya tak susah sangat. Tapi perlukan usaha yang kuat la. (Sama je macam buku-buku lain kan..). Dan ada beberapa elemen penting yang perlu anda usahakan supaya buku tutorial anda tu SUPERB. Kalau nak tahu apa elemen tu, baca sini : 3 Perkara yang sangat penting dalam menghasilkan buku tutorial.

Saya sendiri ada hasilkan dua eBook tutorial :

KIT BBT PRojek KLS KMHRN

dan :

STORIES

(Info detail tentang eBook ni : TEKAN SINI)

Kalau anda dah bersedia untuk menulis, ni saya hadiahkan template yang saya hasilkan untuk bantu anda buat buku tutorial anda. Tak semestinya anda tiru 100% (nak tiru pon boleh) tapi setiap penulis ni kan naluri dia nak lain daripada lain.. (Saya faham jiwa penulis.. huhu)

Jika anda berminat nak dapatkan template Buku Tutorial ni, boleh isi borang ringkas kat bawah, nanti saya hantar ke email anda :

Posted in Tips menulis

Dilemma Peminat Kemahiran Menulis

change-dilemma

Ini ada satu perkara penting.

Di antara Dilemma kebanyakan peminat kemahiran menulis adalah ada rasa takut dan risau untuk laburkan masa, tenaga, dan wangnya untuk kemahiran tu.

Sampai satu peringkat umur, mereka tak mahu untuk teruskan dan ambil keputusan untuk tinggalkan minat mereka ni. (Kalau anda sebahagian daripada mereka, sila baca sampai habis.. Kalau anda bukan daripada kalangan mereka, boleh berhenti di sini.)

“Macam tak masuk akal kan? Kita ada rasa tak bersungguh buat sesuatu yang kita suka. Lebih pelik ada rasa takut..”

TAKUT

Anda dan kebanyakan peminat kemahiran menulis ni akan melalui satu fasa.

Fasa berperang dalam diri. Memilih untuk meneruskan atau memilih untuk berhenti.

Rasa macam nak buat tapi rasa tak berbaloi pulak. “Kalau asah bakat menulis ni boleh pergi sampai mana je..”, “Baik focus benda lain”.

Ketakutan dan kerisauan yang wujud dalam diri anda itu sebenarnya perkara biasa. Apabila kita sudah focus dan tenggelam dalam perkara yang kita minat akan timbul satu kerisauan dalam hati kita – apakah kita memilih perkara yang betul untuk hidup kita.

Tahu dari mana datang risau dan takut tu?

1) Risau dan takut tu disebabkan anda sendiri tidak yakin.

Tidak yakin tentang masa depan anda dengan kemahiran tersebut. Tidak yakin kemahiran tersebut boleh sara hidup anda. Tidak jelas apakah destinasi kerjaya untuk bidang penulisan ni.

Tidak yakin kemahiran tersebut mampu bagi pulangan setelah anda melabur masa, tenaga dan wang anda. Apa pula hasil yang boleh anda dapat daripada kemahiran ni. Semuanya kabur, maka tidak yakin lah yang muncul.

2) Risau dan takut tu bertambah lagi bila anda tengok sebahagian orang yang mahir menulis tak mampu menyara hidup mereka.

Setelah mereka melaburkan segala macam yang mereka ada kepada kemahiran tersebut –kemahiran tersebut gagal membuktikan kegunaannya. Anda yang melihat kumpulan individu yang sedang berhempas pulas ini, terus terkesan dan semakin trauma untuk meneruskan minat dan cinta anda kepada bidang ini.

3) Semakin risau dan takut setelah anda dipujuk dan diprovok oleh kumpulan individu yang tidak meminati kemahiran menulis.

Mereka menceritakan kurangnya manfaat kemahiran menulis dan lebihnya kemahiran lain. Mereka menceritakan banyak lagi bidang lain yang lebih berbaloi untuk anda cuba dan focus.

Anda akan tambah pening kepala, dalam dunia yang serba moden ni, banyak perkara yang perlukan duit sebagai pertukarannya. Anda memang yakin keperluan akan mengatasi kemahuan. Comfirm anda risau nak buat kerja yang tidak mampu bagi pulangan dalam bentuk wang.

Akhirnya, anda sendiri buat keputusan meninggalkan minat anda ini untuk focus kepada bidang yang anda sendiri kurang minat tapi mampu mendatangkan sumber kewangan yang kukuh.

TAPI…

Tapi cuba fikirkan – apa akan berlaku kalau anda dapat tahu bahawa minat anda terhadap Kemahiran Menulis ini mampu membina pendapatan yang sama dengan bidang lain? Yang turut mampu bagi pulangan kewangan yang baik selain daripada kepuasan jiwa anda.

Rasa-rasanya, kalau anda tahu tentang perkara tersebut, anda ingin tak terus focus kepada minat anda ini?

Dalam siri akan datang, saya nak kongsikan pelbagai jenis kerja yang boleh dibuat dengan kerja penulisan. Dan terbukti berjaya menjadi salah satu kerjaya yang besar di sisi masyarakat. Anda nak tahu? Tunggu siri akan datang.

p/s : Sementara tunggu artikel saya tu siap, cuba baca post ni : Susahnya menulis Saifai (Scifi). Ini antara blog baru yang menarik perhatian saya. Walaupun saya tak pandai menulis Scifi tapi saya suka baca apa yang penulis ni (Ted Mahsun) ucapkan. Betul-betul selari dengan apa yang saya rasa :D.

 

Posted in Tips Blog, Tips menulis

Susahnya menulis..

kerja susah - tulis je dulu

 

“Saya bukan apa, menulis ni susah sangat la..” kata salah seorang student saya.

Saya tanya, “Part mana yang susah, kita try bincang..”

Jawab dia, “Erm.. part…” (sehingga berlalu minit-minit…)

Situasi di atas ni, selalu berlaku waktu saya borak-borak dengan kebanyakan student dan kenalan saya.

Waktu kami buka topic tentang menulis buku atau blog, statement paling biasa saya dengar, “kalau dah mula seronok tapi susah pula nak kekalkan..”

Di mana seronoknya aktiviti menulis?

Continue reading “Susahnya menulis..”

Posted in Tips Blog, Tips menulis

Cara saya memilih topic@tema buku yang ingin saya hasilkan

pilih topik - tulis je dulu

Topik@tema bagi satu karya penulisan sangat penting. Apabila ada topic baru kita tahu apa yang ingin kita focus dan bahaskan. Selagi tak ada topic tertentu, kemungkinan besar kita “lost” ketika menulis.

Bagi saya, memilih topic@tema buku memang bukan perkara mudah. Sama juga isunya ketika saya ingin hasilkan blog post dan ebook. Sama sahaja.

Cumanya untuk mendapatkan topic ebook apatah lagi blog post tidaklah lama seperti buku.  Buku ni, kadang-kadang lepas seminggu baru dapat memilih topic yang sesuai.

Untuk memilih topic@tema yang sesuai tak sukar kalau kita tahu tekniknya, hasil pengalaman saya yang cetek, akhirnya saya jumpa cara yang mudah. Ini yang saya lakukan:

  • Saya cuba mendapatkan info sebanyak mungkin tentang target pembaca

Antara yang terpenting, saya dapatkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Daripada situ, saya cuba senaraikan sebanyak mungkin sifat dan ciri-ciri mereka yang penting untuk saya kenali mereka.

Contohnya, saya pilih student university. Di antara perkara yang mereka suka – isu berkaitan perkahwinan, fesyen, IT, suka dan kerjaya .

  • Seterusnya, daripada info dan senarai yang banyak tadi, saya khususkan kepada kumpulan kecil

Dalam banyak perkara tadi, saya khususkan. Student university itu luas dan besar. Jadi saya kecilkan.

Contohnya, dalam sekian ramai student university, ada kumpulan yang agak besar yang berminat dengan isu kahwin.

  • Selepas saya khususkan kumpulan tersebut, dan pilih isu yang mereka minat, saya pilih topic berkaitan isu tersebut

Contohnya, saya tahu ada sekumpulan student university yang berminat dengan isu kahwin. Dan isu cukup luas.

Maka saya ada beberapa pilihan untuk topic sebuah buku. Antaranya : Ciri-ciri calon suami atau isteri yang terbaik. Atau, ciri-ciri rumah tangga bahagia. Atau, persiapan untuk alam perkahwinan. Atau Doa-doa yang mesti diamalkan dalam rumah tangga. Dan lain-lain.

Sebenarnya banyak lagi cari lain daripada cara memilih topic@tema. Cuma bagi saya, antara jalan paling senang memilihnya adalah melalui ciri-ciri pembaca itu sendiri.

Kerana saya menulis untuk mereka di samping ingin menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan.

Anda bagaimana? Ada cara yang anda gunakan untuk memilih topic buku anda? Boleh kongsikan dengan saya di komen.

——————–

Anda berminat nak jana pendapatan melalui penulisan? Dapatkan panduan ni : Rahsia Penulis

Posted in Ebook TJD, Tips Blog, Tips menulis

Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda

Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda - Tulisjedulu.wordpress

Akhirnya siap juga Ebook Report pertama untuk blog TJD. Alhamdulillah…

Dan sekarang saya nak kongsikan dengan anda report ini, tajuknya :  TARIK PERHATIAN PEMBACA BLOG ANDA.

Report apa ni?

Ebook Report ni untuk bantu blogger baru. Ia berkaitan salah satu cara tarik perhatian pembaca untuk baca artikel @ blog post yang kita tulis.

Report ni asalnya daripada nota saya. Saya rujuk beberapa blog besar, dan belajar teknik hasilkan artikel yang baik, yang mampu menarik perhatian pembaca.

Continue reading “Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda”

Posted in Tips menulis

Pengalaman saya jana pendapatan dengan 5 kerja penulisan

Keyboard
Anda pernah cuba jadikan penulisan sebagai salah satu sumber pendapatan anda?

Kalau anda berminat untuk jadikan penulisan sebagai sumber pendapatan anda sama ada full income atau side income, saya rasa anda patut cuba.

Sejujurnya, saya memang percaya kemampuan bidang penulisan untuk generate pendapatan. Kerana saya ada pengalaman sendiri.

Saya setakat ni memang berjaya jadikan penulisan sebagai side income 😀 dan sekarang sedang cuba untuk susun plan ke arah full income 😀

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan pengalaman saya buat duit dengan penulisan. Saya pecahkan kepada 5 jenis kerja penulisan yang saya buat :

Continue reading “Pengalaman saya jana pendapatan dengan 5 kerja penulisan”