Posted in Q&A, Tips menulis

Soalan : Bagaimana saya ingin menulis “Review” bagi sesuatu produk/buku? Boleh kongsi tips?

Soalan : Bagaimana saya ingin menulis “Review” bagi sesuatu produk/buku? Boleh kongsi tips?

Jawapan :

Oh, saya suka dengan soalan ni. Daripada dulu, sampai sekarang, antara aktiviti sampingan yang saya lakukan adalah menjual buku. Dan untuk menjual buku, saya wajib membuat sedikit review. Namun saya tak punya pengalaman yang banyak pada awalnya, jadi saya berusaha cari rujukan berkaitan “product review dan book review”.

Ini ada 2 artikel yang baik berkaitan penulisan “review”, boleh ke sini dan sini.

Baik ini yang saya dapat, dan praktis kan sampai sekarang.

PERTAMA : REVIEW YANG BAIK ITU = MENAMBAHKAN INFO

Anda mesti faham konsep penting suatu “review” dibuat. Review tujuannya untuk menambahkan input.

Kita membuat ulasan @ review berkaitan sesuatu produk maksudnya kita ingin menambahkan pengetahuan pembaca kita tentang produk tersebut.

Kita membuat ulasan @ review tentang sesuatu buku, maknanya kita ingin “membedah” info buku itu untuk diberi kepada pembaca yang menambah nilai dan maklumat mereka tentangnya.

So, masa mula buat review, itu mesti ada dalam minda anda. REVIEW = MENAMBAHKAN INFO.

KEDUA : REVIEW = MENZAHIRKAN PENDAPAT

Dari sudut psikologi, manusia memang suka mendengar pendapat manusia lain. Ini perkara yang tidak boleh dinafikan.

Jadi sebab itu setiap hari ada orang bertanya kepada orang lain tentang sesuatu, walaupun mereka telah tahu tentang perkara tersebut.

So, ketika anda membuat review, anda mesti menzahirkan pendapat anda. Bukan sekadar menukilkan pendapat pengeluar produk @ ulasan editor buku. Kerana itu pendapat mereka, bukan pendapat anda.

Jika pembaca sekadar ingin mendapatkan ulasan pengeluar@editor mereka tak perlu search google atau media social mencari maklumat tambahan.

So anda perlu zahirkan pendapat anda sendiri tentang produk@buku yang anda ulas.

KETIGA : ANDA MESTI LEBIH TAHU TENTANG PRODUK ITU BERBANDING ORANG LAIN

Jika anda ingin menjadi seorang pengulas yang baik, anda mesti mendalami produk@buku itu dengan penelitian yang detail berbanding orang lain.

Kerana input tambahan itu menjadikan review anda istimewa berbanding orang lain.

Jangan bergantung dengan review pengeluar @ editor semata-mata.

Dan hati-hati. Jangan bercakap tentang sesuatu yang tiada pada produk tersebut. Jangan “cipta info yang tidak ada” kerana itu samalah keadaannya dengan seorang pembohong.

Untuk yakin tentang info yang ada ulas tentang produk @ buku tersebut, anda mesti buat kajian dan penelitian. Jangan sekadar cuit-cuit sahaja.

KEEMPAT : CERITAKAN PRO & CON DENGAN JELAS dan BERFAKTA

Tujuan utama pembaca mencari review tambahan selain daripada review pengeluar@editor kerana mereka ingin mengetahui info yang tidak diceritakan oleh pengeluar @ editor.

Mereka ingin tahu kelebihan dan kekurangan produk secara bandingan.

So itulah tugas utama anda. Menyusun info berkaitan Pro & Con dengan baik.

Bahkan sebahagian pembaca, tidak membaca review panjang berjela (jika ada) melainkan direct terus kepada bahagian Pro & Con.