Posted in "Guest Blog", Perkembangan TJD

Artikel TJD di Blog AkuIslam.com

Selamat Hari Raya semua ;D

Harap saya belum terlambat nak ucapkan ucapan tersebut. Walaupun dah 4 Syawal, rasanya lemang dan rendang still lagi belum jemu kan nak dimakan. Huhu.

Saya sepanjang Ramadhan 1437H ni buat keputusan untuk “cuti” daripada online. Berusaha untuk fokus pada Ramadhan dan aktiviti menulis ebook. Walaupun tak sepenuhnya macam dirancang, alhamdulillah dapat capai beberapa matlamat.

Dari sudut aktiviti menulis, alhamdulillah saya dapat hasilkan dua perkara yang memang menjadi sasaran saya untuk Ramadhan tahun ni. Targetnya kecil (due je) sebab saya pertimbangkan situasi diri saya ketika Ramadhan. Siang banyak tidur dan malam banyak makan. Hehe..

Walaubagaimanapun, alhamdulillah, Allah izinkan untuk 2 perkara tersebut dicapai.

  • Perkara satu : Guest Blog

Saya memang bercadang untuk menghantar 1 artikel di Blog AkuIslam.Com masa Ramadhan. Nak test traffic masa bulan Ramadhan. Ini artikelnya :

7 Cara Blog Bantu Seorang Penulis Baru

* Dari sudut traffic agak kurang memberangsangkan berbanding artikel pertama dulu. Mungkin bulan puasa orang letih membaca di siang hari dan di malam hari orang fokus pada ibadah.

  • Perkara 2 : Ebook

Memang matlamat saya pada tahun ni untuk hasilkan ebook berkaitan Ramadhan atau Syawal. Alhamdulillah, dua2 terhasil. Cuma untuk Ramadhan saya tak publishkan secara online. Ebook untuk Syawal, saya sempat publishkan. Sebab tujuannya untuk saya viralkan ebook tersebut secara percuma. Alhamdulillah, hajat saya tercapai.

Kalau anda belum membacanya, boleh ke post ini :

eBook “Adab dan Ibadah pada 1 Syawal”

Risalah Adab dan Ibadah pada 1 Syawal

Secara kesimpulannya, untuk bulan Jun 2016, saya tidak begitu produktif dari sudut perkembangan blog TJD. Hanya sempat update 5 blog post sahaja.

Insya Allah, azam bulan Julai 2016 untuk banyakkan penulisan dan update post. Wish me Luck.