Posted in Ebook TJD, Perkembangan TJD, Tips menulis

Template untuk hasilkan : Buku Tutorial

Kulit Buku Tutorial - TulisjeduluAnda berminat tak nak hasilkan buku pertama anda?? Kalau anda seorang yang berjiwa penulis, mesti ada impian tu kan..

Kalau anda belum hasilkan apa-apa buku lagi, meh saya cadangkan pada anda satu jenis genre buku yang ada dalam pasaran. Apa dia?

“Buku Tutorial”

Sebenarnya sebelum ni saya dah pernah tulis kelebihan buku tutorial. Kalau anda belum baca boleh ke sini : 6 sebab Buku tutorial (how to) : buku yang diminati orang sejak dulu

Untuk hasilkan buku tutorial sebenarnya tak susah sangat. Tapi perlukan usaha yang kuat la. (Sama je macam buku-buku lain kan..). Dan ada beberapa elemen penting yang perlu anda usahakan supaya buku tutorial anda tu SUPERB. Kalau nak tahu apa elemen tu, baca sini : 3 Perkara yang sangat penting dalam menghasilkan buku tutorial.

Saya sendiri ada hasilkan dua eBook tutorial :

KIT BBT PRojek KLS KMHRN

dan :

STORIES

(Info detail tentang eBook ni : TEKAN SINI)

Kalau anda dah bersedia untuk menulis, ni saya hadiahkan template yang saya hasilkan untuk bantu anda buat buku tutorial anda. Tak semestinya anda tiru 100% (nak tiru pon boleh) tapi setiap penulis ni kan naluri dia nak lain daripada lain.. (Saya faham jiwa penulis.. huhu)

Jika anda berminat nak dapatkan template Buku Tutorial ni, boleh isi borang ringkas kat bawah, nanti saya hantar ke email anda :

Advertisements
Posted in Ebook TJD

eBook “Adab dan Ibadah pada 1 Syawal”

Bulan Ramadhan tahun ni sibuk le pulak.. tak sempat update pon blog post yang siap.. sempat taip tapi tak dan nak online..

Walaumacam manapun, saya bukan nak cerita tentang tu.. Saya nak kongsikan satu eBook yang sempat saya siapkan sempena Ramadhan 1437H ni. Alhamdulillah.. Usaha selama satu minggu akhirnya siap juga..

eBook ini saya hadiahkan buat para umat Islam di seluruh Malaysia khususnya. Bercerita tentang menghidupkan malam dan siang 1 Syawal. Kalau anda berminat untuk mengetahui amalan-amalan yang diajarkan ulama, boleh download eBook ini.

PERCUMA sahaja.

Risalah Adab dan Ibadah pada 1 Syawal

->> Download eBook Adab dan Ibadah pada 1 Syawal di sini <<-

Lepas download, boleh simpan dalam smartphone, tab, ipad, iphone, laptop, pc atau apa sahajalah. Senang nak rujuk.

Kalau waktu pagi raya nanti, tak hafal takbir raya, takpa. Saya dah tulis lafaz takbir tu dalam ebook ni. Saya juga ada salin kembali doa yang ulama baca ketika hari Raya. Untuk anda baca pada hari tersebut.

Saya harap usaha saya ni, dapat membantu anda semua beribadah 😀

Dan saya harap juga sangat berharap, setelah anda download dan baca eBook ini, saya harap anda dapat kongsikan juga link download ini kepada saudara mara dan kenalan anda. Supaya mereka juga dapat mengambil manfaat.

Jika ada salah silap daripada pihak saya, sepuluh jari disusun meminta maaf. Semoga Allah menerima ibadah kita dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Aminnn…

p/s Raya nanti jemput ziarah blog saya. hehehe..

 

Posted in Ebook TJD, Tips Blog, Tips menulis

Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda

Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda - Tulisjedulu.wordpress

Akhirnya siap juga Ebook Report pertama untuk blog TJD. Alhamdulillah…

Dan sekarang saya nak kongsikan dengan anda report ini, tajuknya :  TARIK PERHATIAN PEMBACA BLOG ANDA.

Report apa ni?

Ebook Report ni untuk bantu blogger baru. Ia berkaitan salah satu cara tarik perhatian pembaca untuk baca artikel @ blog post yang kita tulis.

Report ni asalnya daripada nota saya. Saya rujuk beberapa blog besar, dan belajar teknik hasilkan artikel yang baik, yang mampu menarik perhatian pembaca.

Continue reading “Ebook Report : Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda”