Posted in Tips menulis

Kenapa susah nak luahkan dalam tulisan??

Close-up of hand writing on white paper

Kenapa susah sangat aku nak luahkan apa yang aku pikir ni dalam bentuk penulisan??

Macam mana aku nak buat ayat supaya sampai apa yang aku nak sampaikan??

Pernah rasa tak perasaan ni?? Kalau anda biasa dengan aktiviti menulis, pasti pernah..

Kalau nak tahu, setiap penulis pernah ada kenangan ni, bahkan ada yang sedang merasainya sekarang..

Sejak zaman media sosial meledak di internet, semua orang aktif menulis dan meluahkan perasaan dalam bentuk tulisan.

Ada orang mudah menyampaikan maksudnya, dan ada orang yang terpaksa “tulis delete tulis delete” sampailah ayat yang dibuat tu sama macam yang dia nak sampaikan.. betul tak?

(adakah anda orangnyee…??)

Tahu kenapa perkara ni berlaku?

PUNCA UTAMANYA kerana anda sebenarnya tak fokus pada apa yang anda rasa dan apa yang anda ingin kongsikan. Tapi terlalu focus kepada bentuk penulisan.

Anda sedang teragak-agak..

  • Teragak-agak dalam intonasi bagaimana yang anda ingin sampaikan,
  • perkataan apa pula yang paling sesuai untuk gambarkan perasaan anda tu
  • bentuk ayat yang macam mana yang sesuai. Ayat pendek ke, ayat panjang ke, ayat ada koma ke..

Pendek kata, anda ingin luahan yang anda curahkan dalam penulisan tu sempurna.

APA YANG ANDA rasa ni, normal bagi setiap orang yang menulis dan inilah situasi yang kerap berlaku bagi seorang penulis baru.

Dalam dunia penulisan, ini salah satu bentuk “writer’s block” atau penghalang seorang penulis.

Jadi apa yang patut dilakukan untuk selesaikan masalah ini?

Solusinya? Simple.

Tak perlu fikir detail. Tulis je. Luahkan sahaja. Sampaikan sahaja. Yang penting ceritanya/luahannya.

  • Jika ingin marah, tulis sahaja dengan focus kepada marah tadi. Tak perlu fikir mendalam tentang jenis ayat, tanda baca, gaya intonasi atau apa-apa yang rumit.
  • Jika rasa gembira, sampaikan kegembiraan tu dengan mudah tanpa ambil berat kepada bentuk ayat, panjang pendek, perkataan atau segala yang melambatkan luahan tu. Bayangkan kegembiraan anda, dan luahkan.

KATA KUNCInya – keep it simple pada penulisan.

Jangan rumit-rumit. Nak ayat nampak sastera, nak intonasi mesti tepat sama dengan luahan hati, nak perkataan yang bombastic atau apa sahaja.

Apabila anda telah biasa dalam aktiviti luahan dan menulis, barulah anda melangkah ke stage kedua – merangka dan menyusun semula ayat.

Sebelum berjaya dalam aktiviti luahan dan penulisan, tak perlu fikir tentang perkara lain.


Faham apa yang saya sampaikan? KALAU DAH FAHAM, cuba buat aktiviti di bawah :

  • Pilih 3 situasi yang ada berlaku dalam hidup anda minggu ni, situasi tersebut mesti berkaitan emosi sedih, gembira, marah.
  • Ceritakan tentang 3 situasi ini dalam anggaran 200-400 patah perkataan setiap satunya.
  • Setelah siap, baca semula dan postkan di blog anda. Jika ada rasa “tak puas hati” dengan penulisan tersebut, abaikan sahaja perasaan itu. Pastikan anda publish cerita tersebut.

Apa yang saya ingin saya kongsikan daripada aktiviti ni, saya nak anda biasakan membuat luahan dalam bentuk penulisan tapi dalam bentuk yang santai.

Mungkin setelah anda membacanya semula, anda rasakan ada kekurangan dan kecacatan, dan anda ingin betulkannya. Saya CADANG abaikan sahaja.

Kerana dari situ, anda akan belajar memerhati dan meneliti luahan penulisan anda. Dan nanti di waktu mengarang yang lain, anda akan tahu di sudut mana anda boleh perbaiki dan perkemaskan.


Saya yakin anda boleh lakukannya. 😀

Selamat mencuba dan semoga belajar daripada kesilapan.

p/s jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tolong sharekan kepada 3 orang rakan anda yang juga mengalami masalah yang sama.

p/s kongsikan link luahan cerita anda tu di bahagian komen ye, saya nak baca 😀

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s