Posted in Tips menulis

Pengalaman saya jana pendapatan dengan 5 kerja penulisan

Keyboard
Anda pernah cuba jadikan penulisan sebagai salah satu sumber pendapatan anda?

Kalau anda berminat untuk jadikan penulisan sebagai sumber pendapatan anda sama ada full income atau side income, saya rasa anda patut cuba.

Sejujurnya, saya memang percaya kemampuan bidang penulisan untuk generate pendapatan. Kerana saya ada pengalaman sendiri.

Saya setakat ni memang berjaya jadikan penulisan sebagai side income 😀 dan sekarang sedang cuba untuk susun plan ke arah full income 😀

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan pengalaman saya buat duit dengan penulisan. Saya pecahkan kepada 5 jenis kerja penulisan yang saya buat :

  1. Tulis artikel dan hantar ke majalah
  2. Tulis buku kecil dan jual
  3. Tulis ebook dan jual
  4. Ambil upah editing
  5. Menulis skrip kartun

Sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang penulisan, ini antara 5 kerja yang pernah saya buat dan 3 daripadanya masih buat.

Menulis artikel untuk majalah

Ini antara permulaan yang baik jika anda mahu menjana wang melalui bidang penulisan. Banyak majalah di luar sana yang mengalu-alukan penulis tamu. Setiap artikel yang diterima oleh pihak majalah akan diberi saguhati sebagai penghargaan.

Selalunya bayaran di antara RM100-RM200.

Antara syarat asas jika anda ingin menghantar artikel kepada suatu majalah – mesti selari dengan tema majalah. Untuk tahu tentang itu, anda perlu menghubungi pihak editorial. Mereka akan beri penerangan ringkas.

Saya dulu menulis untuk majalah kartun. 😀

Cumanya, anda kena ingat – masih ramai lagi penulis lain yang hantar artikel ke majalah tersebut. Jadinya, ada kemungkinan artikel anda ditolak atau lambat publish. Bila lambat publish maka lambat dapat bayaran. Kalau ditolak, langsung takda bayaran 😀

Tulis buku kecil, terbit sendiri dan jual sendiri

Ini antara yang saya suka dan masih teruskan. Menghasilkan buku. Ia beri pendapatan yang agak baik bagi saya.

Untuk hasilkannya tidak terlalu lama, modal terbit tidak terlalu besar, dan tempoh jualan tidak terlalu panjang.

Ciri-ciri buku kecil saya :

  • Saiznya A5
  • Tulisannya Calibri body saiz 16
  • Spacing 1.15
  • Tebalnya : 40 ms minimum 80 ms maksimum
bukukahwinful
Buku yang saya hasilkan pada Mei 2016 dengan ciri-ciri di atas

Selalunya saya cetak dalam kadar 50-100 naskah. Tujuannya supaya dapat dijual dan habis segera. Sebab strategi jualan saya adalah program bedah buku.

Saya tulis sendiri, edit sendiri, design sendiri. Bila siap hantar ke kedai printing dan deal harga. Kemudian buat program bedah buku dan ambil order.

Anda nak cuba? Saya boleh bantu anda.

Tulis ebook dan jual

Kerja ni antara yang paling mudah antara yang lain. Modal pon sangat kecil, kalau nak jadikan modalnya RM0.00 pon boleh. Saya pernah buat :D.

Ciri-cirinya lebih kurang seperti buku-buku saya. Cumanya ia dalam bentuk ebook sahaja.

Apa yang seronok ebook ni, saya tak perlukan modal cetak dan tak perlukan ruang untuk simpan stok.

KIT BBT PRojek KLS KMHRN
Antara ebook yang saya hasilkan. Berkongsi pengalaman generate pendapatan melalui KELAS KEMAHIRAN 😀

Ambil upah editing

Seorang penulis pasti mampu buat editing. Jadi ini salah satu cabang kerja yang baik untuk seorang yang ada kemampuan dalam bidang penulisan.

Pengalaman saya, bantu rakan indonesia saya, waktu belajar MA di UKM tahun 2014. Dia hasilkan terjemahan daripada bahasa Arab kepada bahasa Indonesia. Kemudian minta bantuan untuk edit kepada bahasa Malaysia.

Daripada tugasan tu, kami deal tentang bayaran upah. Saya ambil upah by mukasurat. Satu mukasurat RM1.50. Buku tu ada lebih kurang 500 mukasurat. Lumayan jugak 😀

Saya dengar kalau editor profesional boleh up sampai RM10 permukasurat.

Agak lumayan, tapi agak tertekan. Sebab tempoh waktunya agak singkat.

Kalau anda nak buat kerja ni, boleh tempek iklan servis anda di IPT yang ada foreigner. Sebabnya diorang antara orang yang berminat.

Menulis skrip kartun

Ni saya buat waktu saya kerja jadi editor di salah satu syarikat penerbitan di bandar teknologi kajang, semenyih. Kerja dalam bidang penerbitan ni banyak buka mata saya tentang peluang generate duit dalam bidang penulisan.

Antara yang saya pernah buat adalah tulis skrip kartun. Kemudian buat kerjasama dengan kartunis dan illustrator. Diorang setelkan design. Saya ambil part content.

Waktu tu satu komik satu mukasurat A4 boleh dapat RM80-RM150. Kalau kartunis profesional, boleh pergi sampai RM300. Memang untung.

Tapi kalau dua orang yang bekerjasama, kena bagi dua la. 😀

Tapi sekarang susah sikit la dunia komik ni. Majalah kartun pon tak banyak mana dah. Kesannya, persaingan tinggi di antara penyumbang artikel. Siap bersaing dengan kartunis otai.

So ini la antara kerja yang pernah saya buat. Bagi saya best sebab saya suka menulis. So sangat berbaloi. Tapi sekarang ni dah tukar strategi. Nak try benda baru. Nanti kalau dapat pengalaman yang secukupnya, saya share lain.

Anda bagaimana? Pernah generate pendapatan melalui penulisan? Kongsikan di bahagian komen ye.

————————————

Anda berminat nak jana pendapatan melalui penulisan? Dapatkan panduan ni : Rahsia Penulis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s